Saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) pada hari ini. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa keputusan telah dicapai :
Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance)
MyGovernance merupakan satu pelan komprehensif yang akan menginstitusikan prinsip dan amalan tadbir urus (governance) yang baik bagi meningkat dan memperkukuh keupayaan penyampaian perkhidmatan awam ke arah mencapai visi nasional.
Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik
RUU ini penting kerana sehingga kini tiada undang-undang dan peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik dan ia dapat mengelak risiko rasuah serta penyalahgunaan kuasa melibatkan ahli politik.
Pengurusan Harta Disita dan Dilucutkan Hak
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan supaya Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menjadi agensi berpusat bagi pengurusan harta disita dan dilucut hak dalam usaha membenteras jenayah kewangan dan mengekang ketirisan hasil Kerajaan di bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dibincangkan dengan lebih terperinci.
Pengasingan Kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara
Mesyuarat bersetuju supaya kajian yang lebih mendalam dilakukan kerana ianya melibatkan perlembagaan, undang-undang dan kewangan.
Ini jelas menunjukkan komitmen pihak kerajaan dalam meningkatkan tadbir urus dan integriti melawan rasuah.