Wednesday, March 23, 2022

KES SPRM MELIBATKAN PENJAWAT AWAM

 


KRONOLOGI JAR

 


PENGARAH POLITEKNIK NILAI DIDAKWA RASUAH

 

Pengarah Politeknik NIlai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tujuh pertuduhan rasuah membabitkan perlantikan syarikat pembekalan dan perkhidmatan serta menerima wang suapan berjumlah RM 15,000.00 pada tahun 2018.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh, Nazri Idris, 57 didakwa menggunakan kedudukannya untuk memilih empat syarikat iaitu Unggul Mewah Resources Sdn Bhd, Sinar Jaya Niaga Resources, Excellent Shark dan Pasar Segar Adik Nurr yang mempunyai hubungan dengannya.

Syarikat itu dilantik bagi membekalkan perkhidmatan dan pembekalan untuk Bengkel Programmable Logic Controller (PLC) & INternet Of Things, Bengkel Penyelenggaraan Sistem Automasi, menyediakan tenaga pengajar bagi kursus aplikasi PLC dan membekalkan barangan serta komponen bagi kursus berkenaan.

Semua kesalahan itu dilakukan di bilik Pengarah Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek antara November hingga Disember 2018. Tertuduh di dakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama dan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM 10,000.00 atau mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kelima hingga ke tujuh, Nazri didakwa menerima RM 4,000.00 dan RM 3,000.00 yang dipindahkan secara dalam talian ke dalam akaun Ismail Shamsuddin dan menerima tunai RM 8,000.00 yang semuanya dari Syarikat Tas Solutions Enterprise.

Dia melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, Maybank cawangan TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor dan bilik Pengarah Politeknik Nilai dari 15 Disember 2018 hingga 28 Januari 2019. Syarikat berkenaan mempunyai hubungan dengan kerja rasmi pembekalan dan perkhidmatan program sama yang dianjurkan politeknik berkenaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan tertuduh diikat jamin RM 80,000.00 dengan seorang penjamin dan passport diserahkan kepada mahkamah.

Nazri yang tidak diwakili peguam merayu ikat jamin dikurangkan dengan alasan mempunyai anak yang masih bersekolah, mempunyai komitmen yang tinggi dan perlu membayar hutang rumah. Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM 40,000.00 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada : Ogos 25, 2020 @ 5:23 pm sumber BERNAMA

BERSAMA MENGHAPUSKAN RASUAH

 




JAWATANKUASA ANTI RASUAH PMS

 

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) yang telah ditubuhkan di Politeknik Muadzam Shah. Surat perlantikannya adalah seperti di bawah.

RASUAH - APA YANG PERLU ANDA TAHU