Thursday, July 27, 2023

RASUAH - APA YANG PERLU ANDA TAHU

 


APA ITU RASUAH

 



PENSYARAH POLITEKNIK DIDAKWA PERDAYA MAJIKAN LEBIH RM 175,000

 

DIBICARA : Mohd Shafie (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 10 pertuduhan dekat Melaka semalan, pertuduhan memperdayakan majikannya dengan menggunakan dokumen yang mengandungi butiran palsu berjumlah RM 175,000 berhubung kegiatan sukan ragbi dan program pusat pengajian tinggi itu - Gambar Bernama

MELAKA : Seorang pensyarah Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 pertuduhan memperdayakan majikannya dengan menggunakan dokumen yang mengandungi butiran palsu berjumlah RM 175,000 berhubung kegiatan sukan ragbi dan program pusat pengajian tinggi itu.

Mohd Shafie Osman, 39, membuat pengakuan tidak bersalah ke atas 10 pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin. Dia didakwa memperdayakan majikannya dengan menggunakan dokumen yang mengandungi butiran palsu berkaitan pembekalan lapan aktiviti ragbi, keperluan aktiviti pelajar dan program Majlis Penutup Bulan Kebangsaan Peringkat Politeknik Malaysia 2017 dengan nilai keseluruhan RM 175,269.14.

Semua pembekalan terbabit didakwa sebenarnya tidak dilakukan dan pada pengetahuan tertuduh adalah bermaksud untuk mengelirukan majikannya. Kesemua kesalahan itu didakwa di PMM, KB 1031 Pejabat Pos Merlimau, Merlimau, Jasin antara 19 November 2014 hingga 6 September 2018.

Mohd Shafie didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah butiran palsu yang dapat dinilai atau RM 10,000.00 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan pilihan yang ditawarkan pihak pendakwaan iaitu dengan curang menggunakan dokumen harga berasingan yang palsu sebagai tulen atas nama AK Maju Resources di tempat dan waktu yang sama. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM R. Francine Cheryl mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM 30,000.00 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM Melaka setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Namun, peguam Rosli Kamaruddin yang mewakili tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamnya yang masih berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMM perlu menanggung tiga anak dan ibu yang sedang uzur selain hanya berpendapatan RM 6,000.00 sebulan.

Hakim Mohd nasir membenarkan Mohd Shafie diikat jamin RM 20,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM Melaka pada minggu pertama setiap bulan selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 7 Ogos untuk sebutan semula kes. - Bernama (08.07.2020)

2,428 KES RASUAH PENJAWAT AWAM

 


Monday, September 12, 2022

KAJIAN TENTANG PEMBERI RASUAH

 

Dapatan kajian tentang pemberi rasuah berdasarkan Phd Thesis USM, pemberi rasuah yang paling ramai adalah CINA 57.46 peratus, INDIA 30.51 dan MELAYU 12.03 peratus. Dapatan dari thesis ini diterbitkan oleh journal MIT.

RASUAH - APA YANG PERLU ANDA TAHU